Blogger Layouts

Kampungku Kampung Kanchong Darat

SEJARAH KAMPUNG
Kampung Kanchong Darat diteroka bermula pada tahun 1904 oleh sekumpulan orang yang datang dari tanah Jawa Indonesia yang terdiri dari Tuan Haji Abd Rahim, Tn Hj Abd Rahman, Tn Hj Abd Majid, Tn Hj Ali dan Tn Hj Khalil.Kawasan yang mula-mula sekali diterokai ialah kawasan disebelah Kanchong Bengkok dimana terletaknya jalan ke kampung Tali Air sekarang.Kumpulan berikutnya telah datang meneroka kawasan lapis dua yang terdiri dari Tn Hj Shukur, Encik Adam Sehat. Mereka telah meneroka bersama-sama Tn Hj Khalil sehingga kearah Kanchong Tengah sekarang. Selepas itu baru datang kumpulan-kumpulan yang datang dari kawasan Morib dan Tali Air membuka kawasan baru menghala ke Pekan Banting. Kawasan yang mula dibuka adalh disekitar Kanchong Timur dan kemudian diikuti di sebelah Barat.
Kawasan yang mula-mula menjadi kawasan tumpuan adalah di sekitar batu 24 atau Kanchong Bengkok. Disinilah mula-mula sekali terbina nya sekolah Kebangsaan dan Masjid.
SENARAI KETUA KAMPUNG TERDAHULU
  1. Sayuti @ Hj Hasan
  2. Hj Alias
  3. Kusnan b Hj Arif
  4. Abd Manan Pawiro
  5. Hj Bohari
  6. Hj Adni Kusas




my cormecial